Ketakutan Akan Kehilangannya

      Susuk tubuh yang kian dimamah usia itu sedang cuba mengangkat kembali motosikal yang dinaikinya jatuh setelah dia hilang kawalan ingin turun dari motosikal tersebut. Kejadian yang berlaku setelah pulang ke ruang halaman rumahnya dari menjalankan amanahnya sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah memberikan gambaran bahawa sudah tiba waktunya untuk dia perlu bersara dari dunia pendidikan. Maka hari itu merupakan harinya yang terakhir berkhidmat sebagai seorang guru. Mendengar bunyi dentuman di halaman rumah, cepat2 si dia menuju ke pintu rumahnya untuk melihat apa yang telah berlaku.

       Sebaik sahaja dia membuka pintu tersebut, dia melihat ayahnya sedang mengutip hadiah2 pemberian dari para guru dan para pelajarnya yang lain. Wajahnya kelihatan sugul dan penat, disebabkan kondisinya yang semakin menua. Namun, ayahnya cuba menyembunyikannya, tidak mahu anaknya melihat keadaannya pada waktu itu. Dia yang masih kecil, gembira melihat longgokan hadiah yang diterima oleh ayahnya. Hidup keluarganya hanya bersederhana, mempunyai adik beradik yang ramai tidak menjanjikan dia hidup seperti anak bangsawan yang mendapat segala apa yang dihajati oleh mereka. Kerana itu dia sangat gembira, berangan-angan hadiah-hadiah tersebut seperti diberikan kepadanya.

       Namun, melihat keadaan ayahnya pada waktu itu, terus dia menerpa ke arah ayahnya, risau jika ayahnya itu tercedera dan membantu mengutip lebihan hadiah yang belum dikutip oleh ayahnya. Baginya, ayahnya merupakan insan yang paling dia sayangi selepas ibunya, namun ayahnya lebih menyayangi adik lelakinya yang juga merangkap adik bongsu kesayangan ayahnya. Dia tidak kisah, asalkan ayahnya juga menyayanginya seperti anak perempuannya. Dia gembira sekali melihat ayahnya baik-baik sahaja. Terus membuntuti ayahnya masuk ke rumah sambil girang membawa hadiah ayahnya yang lain di dalam pelukannya. Dia tahu, ayahnya sudah tidak sihat seperti dahulu. Ayahnya perlu menjaga kesihatannya, khuatir akan memberi kesan negatif kepada tubuhnya.

       Segalanya memberikan lambakan memori yang indah yang tercipta antara dia bersama keluarganya melihatkan ayahnya yang masih gagah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang sihat wal 'afiat. Hinggalah pada satu ketika, setibanya dia di perkarangan rumah bersama adik lelakinya, mereka dikejutkan dengan berita bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital akibat kondisinya yang semakin teruk kerana ayahnya mengadu bahawa dia tidak lagi merasai pergerakan yang diarahkan oleh kognitifnya untuk mwnggerakkan kakinya sendiri. Kerana ibu dan kakaknya khawatir, mereka menyarankan ayahnya untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor supaya dapat mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Keadaan itu telah memaksa anyahnya untuk berjalan menggunakan sebatang tongkat di tangan kirinya bagi menampung dirinya untuk berjalan. Kata doktor, kondisi yang dirasai oleh ayahnya pada waktu itu, terdapat gangguan yang berlaku pada sistem saraf di akar tunjang kakinya disebabkan peredaran darahnya yang tidak lancar. Namun, segalanya berubah pada suatu pagi yang hening ketika waktu cuti sekolah.... (bersambung)

Comments

Popular Posts